Next RIDE: TBA
Next EVENT:
TBA

5.11.07

MEREDAH BUKIT SERDANG PADA 10 NOV 2007

KEPADA SEMUA PENUNGGANG MTB DI JEMPUT HADIR.

MASA: 0830
TEMPAT BERMULA: RUMAH KHALID (IRONMAN)
JARAK: 20 KM
OFFROAD

3.11.07

www.mtbpg.org?


> LINK <


Dah berbulan-bulan website ini, www.mtbpg.org dilancarkan...

Apa yang menghampakankan ialah website itu nampaknya dilancarkan semata-mata untuk tujuan pendaftaran PIMBC 2007 sahaja. Tapi apa gunanya? Result dan laporan race pun bukannya ada.

Menu interaktif yang telah sedia ada bukan sahaja tidak berfungsi, malah galleri foto dan video semuanya kosong. Adakah gambar yang sedia ada di merata-rata blog-blog rider Penang dan yang telah diambil oleh para rider ketika event dan race tidak memadai untuk dimasukkan ke dalam galleri website tersebut?

Hanya Guestbook yang berfungsi, tapi langsung tidak mendapat sambutan. Dah berbulan tetapi hingga kini, hanya beberapa rider yang telah mengisinya. Sebabnya, website kosong, tidak berinfomasi dan tidak membawa manfaat langsung walaupun muka depan cantik.

Jika dibandingkan dengan perkembangan kelab-kelab/website mtb di negeri lain, website ini bukanlah apa yang dibanggakan walaupun ianya domain berdaftar '.org'.

Harap-harap pihak tertentu akan mengambil iktiraf dan membangunkan website tersebut demi kebaikan semua rider dan non-rider.

*versi Bahasa Inggeris. KLIK SINI


Komen-komen anda digalakkan.
LINK untuk komen.