Next RIDE: TBA
Next EVENT:
TBA

26.11.08

23 NOV 2008 - Mahang, Kedah.

Lebih 50 peserta telah mengambil bahagian pada kali ini. Kayuhan ini dikoordinasikan oleh Robert Choo and Gang. Turut serta mengiringi kayuhan adalah kenderaan pengiring terdiri 3 x (Kenderaan 4x4 dan 2 x Motosikal Scrambler). Uncle Chicken Sim bertindak sebagai logistik atau sebagai penyediaan makanan pada hari tersebut dengan menggunakan produk “PACIFIC WEST”. Tepat jam 0845H, kami mula kayuh masuk ke kawasan trek balak lebih kurang 2 km untuk sarapan pagi. 0900H dengan cuaca yang baik kami meneruskan perjalanan dalam perjalanan ini memang banyak dugaan dan keperitan yang di tempuhi. Laluan balak yang berlumpur melebihi paras lutut memang memeritkan . Kegembiraan menjelma bila sampai di check point dengan aliran arus air terjun melupakan sekejap tentang perjalanan untuk sampai ke tempat ini. Dengan sajian oleh CHEF UNCLE SIM memang menyelerakan. Saksikan gambar-gambar yang di ambil oleh Michael (Blogger). Gambar-gambar yang beliau ambil boleh dikategorikan “Pro”. Ucapan terima kasih untuk semua yang menjayakan program untuk kali ini. Jumpa lagi pada kayuhan akan datang.
Penulis: zieman50
*Peringatan: Tukarkan blog zieman50 kepada seperti di bawah ini, Harap maklum
http://tankprorace-zieman50.blogspot.com/



















13.11.08

BUKIT MERTAJAM CROSS COUNTRY 2008

BM CC telah berlalu, banyak pengalaman yang telah kita perolehi suka duka sepanjang 2008. Bagi pendapat saya, pada tahun hadapan DI HARAP SEMUA KEJOHANAN MTB DI SELARASKAN PADA TARIKH YANG TIDAK SAMA ANTARA SATU SAMA LAIN DI MALAYSIA. Ini membolehkan peminat MTB tanahair memasuki kejohanan/Jamboree yang di anjurkan dengan lebih teratur. Ini juga membantu membolehkan penunggang MTB itu membuat persiapan awal. Saya harap ada pihak yang sudi dapat mengkoordinasikan tarikh-tarikh pada tahun 2009. Saya juga cadangkan selain Jamboree diadakan juga pertandingan mencari harta karun berbasikal (MTB). Mr Seong(tts617), Sim Nai Nai, Marvick,Jane, ....................etc. Servey......................Kebanyakan penunggang MTB, ialah menunggang sambil riadah. Mencari bukit-bukit, fotografi,kenalan dan bertukar-tukar pendapat mengenai basikal dan sebagainya. Biar apapun “SAFETY FIRST”.
Kali ini saya, publiskan sebahagian gambar-gambar menarik sepanjang BM CC 2009 yang mana menarik perhatian saya yang telah di tangkap oleh 14 jurugambar dari pelbagai sudut. Kesemua gambar melebihi 4 ribu keping. Ucapan terima kasih kepada jurufoto Canon, 007, Calvin,Chia Nien,Lim TH, LP, Nicky Ooi,SF Wong,Yunelee,Zheng Ming, Mr Sim Nai n Gang. Jutaan terima kasih juga kepada Mr Sim Nai Nai kerana telah memberi pinjam “alternal hardisk”.
Penulis: zieman50

Champion ...............






SK Tan









Penulis dan bersama Cameraman

12.11.08

JOM KAYUH MODERATOR - Sdr Asri

09 Nov - Tarikh yang sama dengan BM CC diadakan. Memang aku respek kat budak Ipoh sorang nie. Semua kejohanan yang ada semua nak pulun. BM CC, aku ingatkan dia datang rupanya ke tempat lain. Patutlah tak nampak muka hidung.
- zieman50





11.11.08

THANK'S BUKIT MERTAJAM CROSS COUNTRY TEAM

BM Cross Country telah melabuhkan tirainya. Bagi aku trek ini memang paling best,kalau tidak lincin. Trek downhill memang ........boleh beri 5 star. Tapi yang tidak bestnya single trek.... mini tar. memang aku fobia trek macam itu. Walaubagaimanapun aku ucapkan tahniah kepada pengelola yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan acara buat pertama kali di adakan di Bukit Mertajam (trek baru)dengan jayanya. Aku harap next year akan diadakan lagi. Tapi .........harap tidak melebihi mengangkat basikal daripada kayuh. Tq Uncle Chicken Sim, follow me to check point 3.
Seong (617 tts). The best guy.........

Haiyappppppppppppppppppp..........

Sweeper Me................. to check point 3

come here..........take pisang and mineral oil.....

What you say, hah.......................