02 Nov - Bukit Langkap, Mengkuang, Bukit Mertajam. Pada jam lebih kurang 0830H aku sampai kat Kedai Makan Bunga Kertas. Aku lihat Ang dan .......... (lupa nama) sudah sampai. Itu yang bestnya join dengan dia orang masa memang tepat. Kemudian Kamsol pun sampai. Dia suruh aku bergerak dahulu dan tunggu di check point 1. Sebenarnya hari ini ramai tak ikut serta ke Bkt Langkap kerana ada yang pergi jejak trek BM Cross Country. Aku yang tak kuat nie terpaksalah pilih Bkt langkap dahulu untuk mencari angin. Hari ini memang best, bila kami sampai di check point 1, Kamsol dan kawan dia pun sampai. Dia orang nie memang kuat roadbike pun main. Hari ini 5 penunggang menoroka Bkt Langkap. Seterusnya kami ke kemuncak Bkt Langkap menghayati pemandangan Empangan Mengkuang dan seterusnya melayan “downhill”. Bila sampai ke Ladang Getah, Ang mengajak kami mengikut trek paip gas, aku cadangkan kita tidak mengikut laluan Paip Gas kerana ada lubang di sebalik rumput itu akan membahayakan penunggang. Kami pergi juga ke Paip Gas dan menggunakan trek di sebelahnya. Memang aku puas kayuh hari ini. Total Distance 16 KM. Ini belum cukup 40 KM yang mana BM CC diadakan. ANG you memang kuat, bawa basikal “DOWNHILL” AKU RESPECK pada kau. Aku akan mula cuti mulai 04 Nov hingga 10 Nov bagi aku membuat persiapan mental dan fizikal sebelum BM CC bermula. Pada 04 Nov, kepada sesiapa yang berminat nak join aku kayuh, di persilakan.................Aku akan latih cara untuk meningkatkan stamina mengikut pengalaman aku dalam tentera dan MTB di satukan. Untuk pengetahuan anda trek BM Cross Country memang mencabar kalau sesiapa yang tidak cukup latihan, stamina, mental akan kecundang di tengah jalan. Biar kayuh perlahan yang penting adalah penamatnya. Jangan sampai baru permulaan sudah semput............
Lihat gambar-gambar yang sempat 3 cameraman snap.
Ang, Rozaiman, kawan Kamsol.
Autor: Rozaiman 013-4627164
http//: www.tankprorace.blogspot.com
No comments:
Post a Comment